Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN MELAKA-SABAH PERKUKUH HUBUNGAN MENERUSI INDUSTRI KOKO DAN PELANCONGAN

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari menyempurnakan penanaman anak pokok Koko Tisu Didik Klon MCB C1 di perkarangan Lembaga Koko Malaysia (LKM). -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan Melaka dan Sabah akan memperkukuhkan lagi hubungan melalui strategi ekonomi menerusi industri koko dan pelancongan.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, Sabah mempunyai potensi yang tinggi dalam kedua-dua industri berkenaan dan boleh diperkembangkan melalui hubungan dua hala itu.

“Melaka mempunyai rancangan untuk mewujudkan pulau bebas cukai iaitu di Pulau Besar.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (duduk empat kiri) dan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin (duduk tengah)merakamkan gambar kenangan di perkarangan Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko Lembaga Koko Malaysia (LKM) bersama-sama dengan kakitangan LKM dan rombongan kerajaan negeri Melaka. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kita sedang berurusan dengan Kementerian Kewangan berkenaan isu ini dan antara aspek penting kita akan bangunkan di pulau itu adalah industri koko atau produknya iaitu coklat.

“Kita lihat projek penyelidikan dan penghasilan produk koko ini boleh dikembangkan dengan melihat potensi koko Sabah yang telah mengeksport produknya lebih daripada 100 buah negara seluruh dunia ini dan juga ketibaan pelancong seramai kira-kira 17 juta orang di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Lawatan Ketua Menteri Melaka ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hari ini.

Kakitangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) memberi penerangan serba sedikit berkenaan jenis-jenis koko yang digunakan untuk menghasilkan produk coklat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko kepada Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (kiri). -Gambar SNT/Alfred Petrus

Tambahnya, potensi pelancongan di Melaka juga semakin meningkat apabila mereka menerima sebanyak 17 juta pelancong pada 2017.

Adly menganggarkan seramai 20 juta kedatangan pelancong ke negeri berkenaan pada tahun hadapan berikutan Tahun Melawat Melaka 2019.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (tiga kanan) melawat kilang pembuatan coklat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko sambil diiringi oleh Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin (dua kanan). -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Jadi, antara perkembangan itu adalah kita sedang mengusahakan dua perkara iaitu pertama adalah tentang menghubungkan Kota Kinabalu dan Melaka di mana kita telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan melalui Malaysia Airport Holding Berhad dan juga syarikat-syarikat penerbangan yang mana kita berusaha untuk memulakan penerbangan daripada Labangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Secara tidak langsung dapat menghubungkan kedua-dua buah negeri yang mana apabila usaha ini tercapai dapat memperluaskan lagi industri pelancongan Sabah-Melaka.

“Hubungan ini juga dapat mempercepatkan lagi proses peningkatan ekonomi di antara Sabah dan Melaka dengan adanya hubungan jalan udara ini,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan