Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN MAHU TITIK BERAT TVET KEPADA BELIA

Nurul Izzah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama barisan panel Sesi Town Hall Zon Sabah dan pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu.Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan mahu menitikberatkan masa hadapan anak-anak muda dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sabah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, pada masa kini bidang TVET berkenaan dapat menjamin kestabilan dan pemacuan ekonomi bukan sahaja beliau dan keluarganya tetapi juga seluruh negara.

“Kita tahu, dalam bidang TVET begitu banyak kementerian yang mengawal selia institusi berkenaan, maka Town Hall seterusnya akan dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan pemilihan kementerian di Sabah ini kerana mahu menitikberatkan masa depan anak-anak muda dalam bidang TVET.

“Saya bangkitkan juga di sini, bukan semata-mata untuk mendapatkan maklum balas tetapi juga cuba menggarap segala usaha yang telah dilakukan walaupun oleh kementerian lain.

“Dalam mana-mana usaha di Malaysia kita harus cantumkannya supaya inspirasi mahupun maklum balas masyarakat berkenaan TVET tidak terpinggi atau terlepas pandang, ingat bidang ini melibatkan lebih 1000 institusi swasta dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Sesi Town Hall Zon Sabah, ‘Memperkasakan TVET Membina Negara’ di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET juga membangkitkan kewujudan jawatankuasa kabinet tentang pembangunan modal insan yang dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Punca kuasa yang sangat tinggi itu sangat membantu bagi menyediakan pusat sehenti untuk mendapatkan kelulusan, usahakan, cantumkan dengan keperluan industri dan akhirnya dia mendatangtkan gaji lebih tinggi untuk graduan TVET.

“Kita buat selaku pejuang tvet untuk mereka dan saya berharap kabinet dapat meniliti kerana pelaksanaan yang paling penting.

“Kita boleh rancang apa pun tetapi peringkat pelaksanaan itu akan menentukan tahap kejayaan pelaksanaan pemerkasaan TVET,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan