Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Lulus RM68 Juta Tingkat Sistem Tinjauan Cuaca Di Sabah

Menteri Tugas-Tugas, Datuk Teo Chee Kang. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah

Menteri Tugas-Tugas, Datuk Teo Chee Kang. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU : Kerajaan pusat telah meluluskan RM68 juta untuk meningkatkan sistem tinjauan cuaca yang merangkumi model cuaca dan sistem penyediaan maklumat cuaca di Sabah, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.

Beliau berkata pelaksanaan projek jangka pendek Jabatan Meteorologi Malaysia itu melibatkan peningkatan ketepatan tinjauan cuaca bagi pengeluaran amaran cuaca buruk dengan tempoh lebih panjang iaitu tujuh hari.

Peningkatan keupayaan penyampaian maklumat cuaca akan membolehkan maklumat berkenaan cuaca mudah difahami dan diterima tepat pada masanya, katanya ketika menjawab soalan Datuk James Ratib (BN-Sugut) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

“Perancangan jangka pendek ini membolehkan maklumat cuaca dikeluarkan lebih awal, cepat dan tepat pada masanya kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan orang awam. Projek ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2017,” katanya.

Mengenai cuaca panas akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang, Teo menjelaskan berdasarkan kajian di Malaysia, kesan fenomena itu paling ketara di Sabah.

Katanya analisis data iklim juga menunjukkan fenomena El Nino ekstrem berlaku dalam tempoh 15 hingga 18 tahun dan ia berlaku pada tahun 1982/1983, 1997/1998 dan tahun 2015/2016.

Menurutnya fenomena El Nino menyebabkan negara mengalami keadaan cuaca kemarau panjang di beberapa kawasan termasuk di bahagian pedalaman Sabah.

Mengenai pembangunan prasarana bagi melindungi sumber bekalan air ketika berlaku bencana yang berpunca daripada ketidaktentuan iklim, gempa bumi dan ribut taufan, Teo berkata pelbagai kajian kemungkinan sedang dijalankan agensi berkaitan, termasuk cari gali sumber air bawah tanah.

Katanya kerajaan juga telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tadahan Daerah di hampir semua daerah di Sabah yang bertujuan untuk menguruskan kawasan tadahan secara bersepadu yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan