Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan laksana projek menaiktaraf infrastruktur di Bingkor

Joseph Pairin Kitingan (tengah) bersama Musa Aman dan Yahya Hussin sebelum bermulanya Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. - foto Ille Tugimin
Joseph Pairin Kitingan (tengah) bersama Musa Aman dan Yahya Hussin sebelum bermulanya Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri memandang serius dalam usaha menaiktaraf dan memperbaiki infrastruktur di seluruh negeri termasuk menyediakan perkhidmatan lebih baik di daerah Bingkor.

Antara cadangan projek pembangunan itu ialah menaiktaraf Jalan Pintas Bingkor dan membaikpulih Jalan Bingkor Lama yang mempunyai jumlah pengguna jalan raya dan penduduk yang agak ramai.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan berkata, kerajaan negeri telah membina sebuah jambatan konkrit yang terletak di Jalan Bandukan Ulu Bagam yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada 22 Mac lalu.

“Jambatan ini akan menyediakan rangkaian hubungan ke Pekan Bingkor melalui Jalan Bunsit Banadukan dan ini merupakan sebahagian daripada program berterusan yang mana dapat meningkatkan lagi taraf infrastruktur di Bingkor,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (Star-Bingkor) yang bertanyakan mengenai apakah rancangan kerajaan untuk membaiki dan menaiktaraf infrastruktur jalan raya dan kemudahan lain bagi menambahbaik Pekan Bingkor Lama.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri menambah, bagi kemudahan bekalan air, Projek Bekalan Air Keningau yang sedang dalam pembinaan dijadualkan siap pada November ini akan memastikan keperluan bekalan air jangka masa panjang bagi kawasan Keningau ermasuk di Pekan Bingkor Lama.

Beliau berkata, bagi bekalan elektrik, beberapa projek menaiktaraf infrastruktur tersebut telah dan sedang dilaksanakan, antaranya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dibiayai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilaya meliputi 17 buah kampung dengan kos sebanyak RM26 juta dan dijangka siap pada tahun depan.

Selain itu, katanya, kerajaan juga melaksana projek menaiktaraf Pencawang Masuk Utama (PMU) Dangulad dengan kos RM22 juta yang dijangka dapat memberi manfaat kepada seluruh kawasan Keningau, Sook, Nabawan dan Tambunan.

Projek yang turut dilaksanakan ialah menaiktaraf pembekal 11 kilovotl (kV) yang membekalkan sebahagian kawasan Bingkor dengan kos berjumlah RM1.05 juta dan dijangka siap hujung tahun ini. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan