Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan laksana pelbagai pembangunan ekonomi negara

Salleh berucap semasa Pelancaran Program Bootcamp Youcanduit.

KOTA BELUD : Kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said berkata, usaha dan inisiatif tersebut antaranya adalah membangunkan ekonomi digital negara.
“Sejajar dengan usaha membangunkan ekonomi digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama agensi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah diberi mandat untuk melaksanakannya.
“Program yang dibangunkan diharap dapat mencipta kekayaan, membangunkan modal insan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.
Antara program yang diperkenalkan adalah E-Usahawan dan E-Rezeki,” katanya semasa merasmikan Pelancaran Program Bootcamp Youcanduit di Dewan Tun Said, pagi tadi.
Tambah beliau, program yang dihadiri oleh masyarakat tempatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran malah penyertaan golongan sasaran terhadap peluang-peluang ekonomi digital.
Ianya bagi membuka ruang dan melatih isi rumah berpendapatan rendah meraih pendapatan melalui alam digital.
“Dalam era globalisasi ini, penggunaan internet serta kerancakan dan populariti alam siber, perlu direbut usahawan menerajui minda untuk sentiasa mencari pendekatan baharu dalam menjalankan perniagaan.
“Justeru, amat penting untuk pihak-pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat serta agensi-agensi berkaitan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya keusahawanan sebagai satu pendekatan yang memastikan kita turut menikmati hasil kekayaan negara,” tambahnya lagi.
Beliau juga menyeru penduduk tempatan dan rakyat Sabah secara amnya merebut peluang menerusi kempen #YOUCANDUIT yang disediakan oleh MDEC dengan menyertai program E-Usahawan dan E-Rezeki.
Antara personaliti yang hadir memberi perkongsian adalah selebriti terkenal tanah air iaitu Erma Fatima dan Rosyam Nor./PENERANGAN-

Erma (paling kiri) tekun mendengar perkongsian daripada peserta Program Bootcam Youcanduit.

Komen


Berita Berkaitan