Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan komited tingkatkan pendapatan rakyat -PM

1:15pm 06/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 41 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

RASMI… Najib Tun Razak sambil ditemani Musa (dua kiri) merasmikan Program GREAT 2017 yang julung kalinya diadakan di Sabah yang berlansung dari 6 sehingga 7 Mei 2017. Turut kelihatan, Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah (dua dari kanan) Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan), dan Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI ), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan komited membantu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup rakyat khususnya golongan muda melalui penyediaan pelbagai program inisiatif untuk rakyat di negeri ini khususnya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak boleh bergantung kepada sumber asli semata- mata bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita perlu menjana kekayaan untuk negara… kalau kita hanya bergantung kepada sumber asli, kita tidak mungkin mencapai tahap pertumbuhan yang boleh melonjakkan negara ini sebagai salah sebuah negara maju,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat 2017 (GREAT), disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada generasi muda khususnya para usahawan agar berani menghadapi cabaran baharu agar dapat mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Menurut Najib, golongan muda perlu memanfaatkan bantuan, bimbingan dan peluang yang telah disediakan pihak kerajaan untuk membangunkan usahawan tempatan.

“Baru- baru ini, saya telah ke Manila bagi menghadiri Persidangan Kemuncak ASEAN. Saya terdengar bahawa terdapat sebuah kedai roti yang dibangunkan oleh sekumpulan orang muda dimana salah seorang daripada mereka berasal dari Sabah.

“Apa yang menarik perhatian saya adalah mereka berjaya memperolehi pulangan balik modal dalam tempoh empat bulan sahaja… Kini, mereka boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan di Filipina,”jelasnya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Musa berkata, golongan usahawan terutamanya dalam sektor mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tonggak kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Justeru, kerajaan negeri akan memperhebatkan lagi usaha yang signifikan dalam pembangunan modal insan terutamanya yang berkaitan dengan bidang keusahawanan yang dilengkapkan dengan pengetahuan yang terkini dan relevan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan