Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan komited tingkatkan mutu pelajaran di Sekolah Agama

7:10pm 14/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Pendidikan,Tempatan
Ghulam (ketiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Ustazah Malia Ali (kiri) selepas merasmikan majlis tersebut.

Ghulam (ketiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Ustazah Malia Ali (kiri) selepas merasmikan majlis tersebut.

PAPAR: Kerajaan sentiasa komited dan bersedia membantu meningkatkan mutu pelajaran di Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui pelbagai bentuk bantuan.

Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata perhatian kerajaan bagi memastikan anak-anak bangsa dalam sistem SAN dan SAR tidak tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan disediakan oleh kerajaan termasuklah insfrastruktur sekolah yang lebih baik dan selesa bantuan peralatan dan juga menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti.

“Ibubapa seharusnya memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah- sekolah agama yang disediakan oleh kerajaan” katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SAN Pengalat Besar, disini, baru- baru ini.

Ghulam yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kawang berkata pendidikan agama Islam yang menyeluruh perlu‎ diterapkan lebih awal kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki asas agama kukuh dalam menghadapi cabaran di masa depan.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan agar ibubapa mengikis persepsi bahawa pendidikan agama tidak menjamin masa depan seseorang pelajar.

Katanya, peluang pendidikan dalam aliran agama juga mempunyai masa depan yang cerah dimana banyak unversiti dalam negeri dan luar Negara menyediakan pelbagai kursus dalam bidang agama antaranya perundangan, perubatan ekonomi dan lain lain.

“Selain peluang yang disediakan ini, kerajaan juga turut menyediakan kemudahan biasiswa bagi pelajar pelajar cemerlang untuk melanjutkan penganjian ke peringkat institusi pengajian tinggi dalam bidang agama” katanya.

Hadir sama, penyelia sekolah SAN Pantai Barat Selatan, Muslie Basri, Pegawai Tadbir Agam Daerah Papar, Masnor Mansor dan Guru Besar SAN Pengalat Besar, Ustazah Malia Ali. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan