Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan komited tangani keperluan bekalan air bersih

Pairin (kanan) melihat replika empangan yang dibina sempena Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah. - foto Alex Mairin
Pairin (kanan) melihat replika empangan yang dibina sempena Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri komited dalam melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memenuhi permintaan bekalan air bersih di Sabah yang semakin meningkat setiap tahun terutama bagi kegunaan domestik.

Selain itu, permintaan tersebut turut berlaku disebabkan faktor pertambahan populasi penduduk serta pembangunan ekonomi negeri ini dalam pelbagai industri khususnya pertanian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, tren berkenaan memang telah dijangkakan dan kerajaan negeri telah bersedia dan komited dalam menghadapi keperluan tersebut agar ia mencukupi.

“Kita telah melihat permintaan tinggi bagi bekalan air bersih dalam sektor ekonomi. Begitu juga dengan jumlah populasi penduduk yang meningkat di negeri ii iaitu di bawah sejutar orang pada tahun 1980-an kepada 3.12 juta pada 2010.

“Seiring dengan pertambahan itu, maka keperluan bekalan air bersih juga meningkat mendadak daripada 863 juta liter sehari pada 2005 kepada 994 juta liter setiap hari pada 2010,” katanya dalam ucapan perasmian sempena Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad.

Melihat kepada keadaan itu, Musa berkata, semua pihak berkaitan perlu bekerjasama dalam mewujudkan pelan dan pendekatan realistik untuk memastikan pengurusan bekalan air dapat dilaksana sebaik mungkin.

Menurut beliau lagi, secara keseluruhan bekalan air untuk keperluan domestik kini meliputi 100 peratus kawasan bandar di Sabah manakala 75 peratus di pedalaman pula menerima keperluan air terawat dengan lapan peratus adalah daripada punca air graviti.

Mengenai persidangan itu, Musa berharap apa juga hasil yang dicapai mampu dan sesuai dengan hala tuju kerajaan dalam pengurusan sumber di negeri ini bagi tempoh jangka panjang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan