Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan komited pastikan kemaslahatan penduduk Taman Mutiara

Bashir ( tiga dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Program Cintai Taman Mutiara 2018.
LABUAN : Pihak Kerajaan sentiasa komited memastikan kemaslahatan dan kebajikan penduduk di Taman Mutiara.

 
Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, melalui usaha pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Labuan berjaya mengatasi masalah lampu jalan yang sekian lama tidak berfungsi, membuat penguatkuasaan dengan menyita kenderaan yang tersadai dan menjalankan pelbagai aktiviti mencintai kebersihan melalui siri aktiviti gotong royong.
 
“Selain itu, kerjasama antara agensi melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS), kita telah berjaya menangani pelbagai masalah jenayah di kawasan ini melalui aktiviti Rondaan Awam, Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT 1M) di bawah Komuniti Rukun Tetangga Taman Mutiara,” ujar Bashir.
 
“Harapan saya kepada warga Taman, sertailah pelbagai aktiviti kesukarelaan di Taman ini kerana tanggungjawab untuk menjaga dan mencintai Taman ini terletak di tangan anda semua,” ujar Bashir lagi.
 
Bashir turut menyeru agar warga Taman Mutiara memberikan sokongan padu dalam sebarang program anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 dan Komuniti Taman Mutiara seperti Program Cintai Taman Mutiara 2018.
 
“Program kemasyarakatan ini adalah manifestasi yang diungkayahkan oleh MPP Sub Zon 4 dengan kerjasama Komuniti Taman Mutiara serta mempunyai pelbagai pengisian yang bermanfaat antaranya Program Jom Sihat, Gotong-Royong 1 Taman, Program Sinaran Senyuman dan beberapa lagi pengisian menarik seperti ceramah kesihatan dan kekeluargaan dari agensi kerajaan,” tambah beliau.
 
“Program ini bermatlamat menyemai semangat perpaduan, bekerja sama dan hidup rukun di dalam Taman Perumahan Mutiara di samping memberi kesedaran kepada warga taman tentang pentingnya kita menjaga aspek kebersihan. keselataman dan kesihatan,”kata Bashir semasa berucap merasmikan program tersebut pagi kelmarin .
 
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakanProgram Cintai Taman Mutiara 2018.
 
” Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepadaPengerusi MPP Subzon 4, Haji Chemat Haji Mustapha, Ketua Kampung Sungai Bedaun, Mursidi Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program, Heidar Hussein Mohd Rashid dan seluruh Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini,” tambah beliau lagi.
 
” Ucapan terima kasih juga kepada Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Rela dan pelbagai agensi mahupun orang perseorangan yang sentiasa membantu di dalam penganjuran aktiviti kemasyarakatan,” Bashir menambah lagi.-PENERANGAN LABUAN
Bashir (duduk lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil agensi kerajaan, Jawatankuasa Pelaksana Program dan Komuniti Taman Mutiara.

Komen


Berita Berkaitan