Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KERAJAAN KOMITED LAHIRKAN USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA

6:33pm 07/11/2015 Dewiana Tinggolongon 114 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Ghulam sedang menyampaikan ucapannya.- foto Jimmy Tan / Sayangsabah.

PAPAR- Kerajaan komited melahirkan usahawan belia Bumiputera dengan menyediakan pelbagai inisiatif untuk golongan berkenaan.

Salah satu daripadanya ialah menerusi program TUBE 2.0 yang mana dilihat memberi banyak manfaat kepada golongan belia bumiputera.

Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Datuk Ghulam Haidar Khan berkata, melalui program TUBE 2.0 yang akan dilaksanakan, ia secara langsung menyumbang kepada penyertaan lebih ramai belia bumiputera dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

“Kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan belia kerana golongan ini merupakan asset penting negara di masa hadapan.

“Dasar Belia Negara mensasarkan agar potensi belia dapat ditingkatkan sepenuhnya melalui pelbagai bidang termasuklah bidang keusahawanan, pendidikan dan latihan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian TUBE 2.0, di sini hari ini.

Menurutnya, sokongan berkenaan juga bertujuan agar mereka menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya mereka.

Katanya, pelaksanaan program TUBE itu melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dan agensi berkaitan selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru di bawah RMK-11.

Jelasnya, seramai 448 orang belia dari seluruh negara  menyertai program berkenaan yang menawarkan pelbagai jenis perniagaan termasuk perkhidmatan terutama tekstil, pakaian dan aksesori  serta perkhidmatan makanan pada tahun lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, sekiranya 500 peserta TUBE yang akan memulakan perniagaan selepas ini boleh menggaji lima orang pekerja, bermakna sebanyak 2,500 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan.

Justeru itu beliau berharap setiap peserta TUBE menyimpan cita-cita besar untuk berjaya bukan sahaja di peringkat negeri tetapi hingga ke taraf usahawan global.

“Bagi pihak kerajaan Negeri, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan SME Corp Malaysia serta kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan TUBE 2.0 di Sabah,” katanya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan