Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan komited bantu rakyat termiskin- Yahya

8:01pm 11/03/2016 Leolerry Lajius 15 views Tempatan
Yahya (barisan hadapan, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian KIR yang diraikan.

Yahya (barisan hadapan, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian KIR yang diraikan.

PUTATAN: Usaha berterusan dengan memberikan pelbagai bantuan bagi mengeluarkan golongan rakyat miskin tegar  daripada kepompong kemiskinan akan dilaksanakan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, usaha ini dilaksanakan menerusi  bantuan yang diberikan oleh kerajaan secara langsung dan tidak langsung seperti  membina rumah rakyat, latihan kemahiran dan peralatan untuk perniagaan menerusi Program 1Azam dan lain-lain.
“Matlamat kerajaan ialah membantu golongan rakyat termiskin yang tersenarai dalam e-Kasih terkeluar daripada belenggu kemiskinan termasuk yang berada di bandar dan luar bandar”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis bacaan doa dan Yassin serta meraikan Ketua Isi Rumah (KIR) rakyat termiskin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di kediamannya di Jalan Kuala Putatan, semalam.

Turut hadir ialah isteri Yahya, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin, Setiausaha Politik Yahya, Encik Ishar Ramli, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail dan Pemimpin  Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Petagas, Encik Ali Hussin Sharin.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, daripada kira-kira 200 KIR miskin dan termiskin yang tersenarai dalam e-Kasih bagi DUN Petagas, hanya 51 KIR tergolongan sebagai termiskin.

“Menerusi bantuan yang diberikan oleh kerajaan secara berperingkat dan berterusan, kita berharap mereka dapat keluar daripada senarai rakyat miskin dan termiskin”, tambahnya.

Beliau juga mengingatkan KIR miskin tegar agar memastikan anak-anak mereka diberi pendidikan kerana menerusi pendidikan akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga mereka.

Dalam majlis tersebut Yahya turut memberikan sumbangan kepada kira-kira 40 orang KIR yang hadir.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan