Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan ingin tarik lebih ramai pelancong Korea, Eropah dan Amerika Syarikat

masidi2

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dalam usaha menggalakkan sektor pelancongan dengan menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia, Korea, Eropah dan Amerika Syarikat berikutan kemerosotan ketibaan pelancong dari China.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun yakin dapat mencapai sasaran berjumlah RM3.52 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan jangkaan sebanyak RM6.635 bilion dicapai meskipun kekangan yang dihadapi.

 

“Keutamaan kami memberi fokus ke atas pasaran lebih luas di negara-negara lain dalam menggalakkan ketibaan pelancong dan memperkasa sektor pelancongan yang masih bergelut susulan kemerosotan keengganan pelancong China selepas tragedi MH370 dan juga insiden penculikan rakyat China di Pantai Timur Sabah,” kata Masidi.

Masidi menyebut bilangan ketibaan pelancong China menurun mendadak iaitu kemerosotan lebih kurang 50 peratus, katanya semasa bercakap kepada pemberita pada sidang media semasa Pameran MATTA Sabah 2014.

“Pelancong China masih bimbang kesan insiden MH370 dan siri penculikan yang berlaku, oleh itu sentimen ini tidak memihak kepada kita,” tambahnya sambil menyatakan pihak kementeriannya telah membuat strategi komprehensif bagi memenuhi sasaran industri dengan meneroka pasaran dari negara lain.

Mengetuai inisiatif itu, Masidi berkata kementeriannya itu akan melancarkan jelajah bagi mempromosi Sabah di Portland, Oregon pada September berikutan pelawaan oleh Kedutaan AS di Malaysia, Joseph Vun.

“Kami tidak mengharapkan peningkatan terus ketibaan pelancong dari Amerika Syarikat disebabkan jarak dan tempoh perjalanan jauh antara San Francisco dengan Sabah tetapi ini menjadi peluang untuk mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi ekopelancongan terbaik di Malaysia,” katanya.

Membalas respon bagi soalan bagi memperkenalkan perjalanan langsung antara San Francisco dan Sabah, Masidi berkata masih terlalu awal utnuk menentukan sama ada ia bersesuaian dari sudut ekonomi bagi cadangan yang masih kekal keputusan komersil yang boleh disediakan penerbangan.

Bagi perjalanan ke Amerika Syarikat, Aseana Air dan Korean Air kini menawarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Seoul atau Hong Kong sebelum ke San Francisco.

Dalam menyebut hal yang sama, Masidi juga menyebut kementerian akan menggandakan usaha di Singapura, Korea Selatan dan Indonesia.

“Ada bilangan signifikan ekspatriat yang tinggal di Singapura dan Jakarta yang akan menjadi sasaran utama kita dalam jelajah promosi ‘Visit Sabah’,” tambah beliau.

Semasa berucap pada majlis itu, Pengerusi MATTA Sabah, Robert Chong, menyatakan pameran tahunan itu merupakan satu peluang besar bagi mereka yang bakal melancong untuk membeli tiket perjalanan pada kadar diskaun dan mendapatkan pakej perjalanan bagi pelbagai destinasi pelancongan yang menarik di seluruh dunia.

Pameran tahunan MATTA itu diadakan di Suria Sabah dengan 90 gerai pameran diurus oleh ejen perjalanan, pengendali pelancongan dan agensi serta organisasi berkait pelancongan.

 

Komen


Berita Berkaitan