Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan iktiraf peranan kastam: Hamisa

kastam hamisa

TAWAU: Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf peranan serta sumbangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam pembangunan pesat sektor ekonomi di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, adalah tidak mudah bagi sesebuah agensi penguat kuasa melaksanakan tugasnya, lebih lagi yang bertanggungjawab mengumpul hasil daripada aktiviti ekonomi bagi negeri yang luas.

Walau bagaimanapun, katanya, dengan komitmen tinggi serta semangat berpasukan ditunjukkan setiap anggota, kastam negeri khususnya di Tawau telah memberi perkhidmatan memuaskan mengikut lunas-lunas undang-undang sedia ada.

“Jabatan Kastam dapat mengumpul cukai hasil aktiviti ekonomi rakyat dengan baik, termasuk pergerakan melintasi sempadan dan jumlahnya meningkat dari semasa ke semasa walaupun ada kalanya menunjukkan penurunan.

“Sebagai agensi penguatkuasaan, pihak kastam bukan sahaja bergerak dalam ruang lingkupnya mencari hasil, tetapi juga merangkumi tanggungjawab keselamatan dan sosial. Keadaan negeri ini telah memberi ruang kepada aktiviti yang bercanggah dengan kepentingan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 peringkat KKDM Sabah, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Kastam Negeri Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Tawau.

Dalam majlis itu, Jabatan Kastam menyampaikan sumbangan kepada Pusat Ma’ahad Tahfiz Assyabushahid Tawau, duit raya kepada anaka-anak yatim dan ibu tunggal.

Komen


Berita Berkaitan