Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan hargai peranan IWCKK

Majis memotong kek sempena Makan Malam Ulangtahun ke-60 Kelab Inner Wheel Club Kota Kinabalu. - foto Alex Ma
Majis memotong kek sempena Makan Malam Ulangtahun ke-60 Kelab Inner Wheel Club Kota Kinabalu. – foto Alex Ma

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri memperuntukan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Kelab Inner Wheel Kota Kinabalu (IWCKK) bagi melaksanakan program komuniti kelab tersebut di negeri ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman sempena majlis Ulangtahun IWCKK ke-60, di sini semalam.

Kita amat mengalu-alukan usaha yang yang dilakukan oleh ahli Inner Wheel dalam mempromosi kesepakatan dan interaksi dalam komuniti sejagat di negeri ini.

“Usaha baik ini perlu diteruskan agar rakyat Malaysia kekal harmoni dan hidup saling bantu membantu padu dalam persahabatan tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau berhata, Presiden baharu dilantik Yvonne Yeo yang menggantikan Tengku Adlina Tengku Adlin akan membawa meneruskan objektif kelab tersebut ke satu tahap lebih baik dan memberi manfaat kepada pembangunan komuniti.

Terdahulu, dalam ucapannya, Musa berkata, IWCKK mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang selaku organisasi wanita terbesar dunia yang memiliki 100,000 ahli kira-kira 4,000 cawangan daripada 103 buah negara.

Menurut beliau, Malaysia yang didiami rakyat pelbagai anutan agama dan amalan budaya boleh tinggal bersama dalam keadaan harmoni kerana masyarakatnya dapat menerima cara kehidupan seperti itu.

Justeru, katanya, bagi mengukuhkan lagi asas sedia ada itu, kerajaan telah memfokuskan pembangunan modal insannya bagi berdepan cabaran globalisasi kini dan akan datang.

Ini, jelas beliau lagi dilakukan menerusi rangkaian inisiatif seperti menubuhkan pusat kemahiran dan pembelajaran.

“Kita percaya, dengan adanya tenaga kerja mahir dan berilmu dalam semua bidang akan membawa pembangunan negara ke satu tahap terbaik,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan