Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan hargai pengorbanan penjawat awam

4:55pm 09/12/2015 Dewiana Tinggolongon 25 views Kota Kinabalu,Tempatan
Gambar Hiasan

                       Gambar Hiasan

KOTA KINABALU-Kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha para penjawat awam dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pengarah Jabatan Kerja raya Sabah,  Amrullah Kamal berkata, pelbagai inisiatif diwujudkan sebagai penghargaan kepada para pegawai yang terus memberikan sepenuh komitmen dalam meningkatkan mutu kerja yang berkualiti.

“Sesungguhnya komitmen yang tinggi membawa kepada kecemerlangan perkhidmatan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Saya amat berbangga atas keupayaan pegawai-pegawai jabatan ini yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan saya berharap ia dapat dijadikan contoh dan dorongan kepada yang lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Jabatan Kerja Raya Tahun 2015, di sini hari ini (Rabu).

Menurutnya, melalui majis penganugerhan itu ia membuktikan modal insan berkualiti tinggi menjadi keutamaan dalam jabatan.

Jelas beliau budaya kecemerlangan merupakan teras utama dalam kelangsungan perkhidmatan awam.

Dalam pada itu beliau berkata, jabatan berkenaan bercadang untuk mengadakan Hari Jeraya II pada tahun hadapan.

Justeru itu beliau berharap semua pihak dapat berkerjasama daam menjayakan program berkenaan.

Tambah beliau, dalam Program Transformasi  Kerajaan (GTP), JKR diberi peranan sebagai pelaksana pembangunan infrastruktur .

“Tanggungjawab ini semestinya memberi cabaran lebih banyak lebih-lebih lagi apabila bermulanya Rancangan maaysia Ke-11 pada tahun hadapan.

“Oleh itu kita peru lebih responsif dan melangkah seiring dengan tuntutan semasa untuk kekal relevan pada masa akan datang,” ujarnya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan