Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Filipina beri kerjasama mengesan kumpulan penculik

9:15pm 04/04/2016 Leolerry Lajius 408 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Hj Aman hari ini telah menghubungi Setiausaha Luar Filipina, Tuan Yang Terutama Jose Rene Almendras berhubung kejadian penculikan empat warga Malaysia pada 1 April yang lalu.

Anifah juga telah memohon bantuan Kerajaan Filipina di dalam usaha untuk membebaskan warga Malaysia tersebut.

Beliau juga telah menegaskan akan kepentingan untuk memastikan keselamatan mereka dan memaklumkan bahawa Malaysia akan terus bekerjasama erat dengan pihak Filipina dalam menangani isu ini.

Empat warga Malaysia tersebut adalah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Setiausaha Luar Filipina telah menyakinkan Malaysia bahawa Kerajaan Filipina sedang mengambil langkah – langkah yang sewajarnya di dalam usaha mengesan dan menyelamatkan empat warga Malaysia berkenaan.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Tentera Filipina telah melancarkan operasi sekatan maritim di perairan selatan Filipina bagi mengesan keberadaan kumpulan bersenjata terbabit.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan