Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan diminta tambah bantuan pendidikan luar bandar

TENOM: Kerajaan diminta menambah bantuan yang diperlukan terhadap pembangunan pendidikan luar bandar sekaligus mampu meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar sekolah di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, bantuan berkenaan termasuk keperluan infrastruktur, tenaga pengajar dan peralatan sekolah.

“Terdapat pelajar di kawasan luar bandar mempunyai minat yang tinggi dalam pembelajaran bidang sains tulen, namun kurang mendapat pendedahan disebabkan sumber pendidikan yang terhad,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Mengadakan Perjumpaan Bersama Dengan AJK Kapitan Cina sempena Majlis Tarian Singa dan Unicorn Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2015, dekat sini kelmarin.

Justeru itu, beliau memohon agar kerajaan dapat mencari kaedah terbaik bagi membantu pelajar sekolah di kawasan berkenaan mempelajari bidang tersebut.

“Langkah itu penting untuk membantu pelajar di luar bandar mendapat pendedahan dan seterusnya menggalakkan lagi mereka untuk mempelajari bidang sains tulen tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, Raime berkata, semangat perpaduan kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini terutama ketika musim perayaan perlu dipupuk dan diperkukuhkan lagi selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Setiap tahun apabila tiba musim perayaan, kerajaan akan sentiasa beri sokongan serta bantuan sumbangan kepada rakyat bagi meraikan suatu perayaan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya. – oleh Kalawon Sawing / Sayangsabah

 SUMBANGAN… Raime (tengah) menyampaikan sumbangan kewangan kepada AJK Kapitan Cina Sempena Majlis Tarian Singa dan Unicorn 2015 peringkat daerah Tenom. -  foto Kalawon Sawing / Sayangsabah

SUMBANGAN… Raime (tengah) menyampaikan sumbangan kewangan kepada AJK Kapitan Cina Sempena Majlis Tarian Singa dan Unicorn 2015 peringkat daerah Tenom. –  foto Kalawon Sawing / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan