Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Diminta Tambah Pos Kawalan Keselamatan Di Sandakan

8:54am 03/11/2015 Pak Roshan 288 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

daulat2

KUALA LUMPUR : Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan menambah pos kawalan keselamatan di Sandakan, khususnya di kawasan barat daerah itu yang mempunyai pantai panjang dan luas bagi memastikan pertahanan negara berada pada tahap optimum.

Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) berkata walaupun sudah terdapat pos-pos kawalan di sekitar pesisir pantai, bilangannya perlu ditambah bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan berkenaan benar-benar terjamin.

“Untuk melengkapkan kawalan keselamatan di pesisir pantai, pos kawalan keselamatan sedia ada pula perlu dinaik taraf kerana keadaan pos-pos kawalan di kawasan itu begitu daif,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada Persidangan Dewan Rakyat, malam ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan agar membina sebuah pangkalan mini di Tanjung Pisau misalnya, sama ada membabitkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin mahupun tentera.

Sementara itu, katanya peruntukan RM17.304 bilion yang diterima Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2016, menunjukkan bahawa aspek keselamatan merupakan perkara amat penting, dan berharap lebih banyak aset berteknologi tinggi akan ditempatkan di kawasan perairan negara, khususnya di Sabah.

Persidangan dewan bersambung esok.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan