Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan diminta perbaiki jalan di lima buah kampung

4x4
Laluan yang sering digunakan oleh penduduk kampung rosak dan licin apabila hujan. – foto Kalawon Sawing

 

TENOM – Lebih 2,000 penduduk di lima buah kampung di kawasan Kemabong di sini, meminta kerajaan menaiktaraf atau membaikpulih jalan raya Kampung Sinusut ke Kampung Abingkoi sepanjang tujuh kilometer yang telah disenaraikan dalam Bajet 2015.

Jurucakap penduduk, Rainus Sagulau berkata, penduduk kampung berharap sebahagian daripada bajet tersebut dapat digunakan untuk membaiki jalan atau menaiktaraf jalan raya yang menghubungkan lima buah kampung tersebut.

Katanya, ini kerana penduduk kampung berdepan kesukaran untuk ke pekan bagi mendapatkan rawatan kesihatan akibat jalan raya rosak, licin dan berlubang disebabkan hujan lebat sejak akhir-akhir ini.

“Hasil pertanian kami pun sukar untuk dibawa keluar ke Pekan Tenom kerana jalan sukar dan hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke pekan beberapa kali sahaja dalam sebulan.

“Walaupun banyak bantuan daripada pihak kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), namun kadangkala penduduk tidak dapat hadir atau lewat mengemaskini maklumat permohonan disebabkan masalah jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak kesihatan juga mengalami kesukaran untuk datang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk kampung akibat jalan rosak. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan