Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan diminta menjelaskan isu larangan eksport ikan segar dari Sabah

Arsani (Tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa gabungan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin
Arsani (Tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa gabungan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah menuntut penjelasan dari kerajaan berkenaan dengan pelaksanaan sekatan untuk mengekskport ikan segar kepada negeri-negeri yang terdapat di negara ini.

Presidennya, Arsani Arsat berkata bahawa sekatan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar dan memohon penjelasan dari pihak kementerian berkenaan isu ini.

“Sekatan yang dikenakan adalah satu perkara yang tidak masuk akal kerana kita telah menjalankan perniagaan ini sejak sekian lama dan jika dikuatkuasakan ia boleh mendorong kepada sentimen kenegerian kerana apabila Sabah mengalami kekurangan bekalan, negeri lain juga  tidak akan membantu kita kerana pengeksportan bekalan dari negeri kita ke negeri mereka disekat,”katanya kepada pihak media ketika ditemui di Wisma Pertanian petang tadi.

Gabungan tersebut juga turut mempersoalkan alasan yang dikemukakan oleh pihak kementerian berkenaan penguatkuasaan sekatan tersebut iaitu berdasarkan kepada kekurangan bekalan, harga ikan yang mahal dan untuk industri pelancongan.

“Bagi kami, tiga perkara tersebut belum jelas, kerana  sebagai pihak yang terlibat dalam industri ini, tidak berlaku kekurangan bekalan di negeri ini dan harga ikan di Sabah adalah antara yang termurah di Malaysia,”katanya.

Setiap tahun eksport ikan dalam pasaran negara adalah lebih kurang 130,000 ribu tan dengan anggaran harga sebanyak RM800 juta bagi eksport semua jenis ikan.

Menurut Arsani lagi, jika sekatan tersebut dikuatkuasakan isu lambakan ikan akan berlaku memandangkan kilang memproses ikan di negeri ini tidak banyak.

“Kami mohon penjelasan dari pihak kementerian kerana isu  ini bukan berkaitan dengan isu ikan sahaja tetapi hal ini juga turut melibatkan isu dagangan antara negeri,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan