Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan diminta bendung individu hina agama, bangsa di media sosial

ronald

BELURAN: Kerajaan diminta membendung individu yang menghina agama dan bangsa yang menular di media sosial.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata ia memerlukan tindakan undang-udang segera diambil kepada individu terbabit.

Katanya, menerusi tindakan tegas itu dapat menangani tindakan menghina agama dan bangsa yang boleh memecahkan perpaduan rakyat negara ini.

“Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama harus terus mengamalkan sikap hormat menghormati dan toleransi yang tinggi.

“Ia perlu dikekalkan kerana ia juga menjadi simbol utama negara dan menjadi contoh kepada negara lain,” kata Ahli Parlimen Beluran itu dalam Program Bersama Rakyat di Kampung Pulau Keniogan dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman; Ketua Pemuda Umno Beluran, Samad Jambri dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Keniogan, Datuk Madlis Aziz.

Ronald berkata, usaha mengekalkan Malaysia terus aman dan damai memerlukan komitmen yang tinggi semua rakyat negara ini.

Katanya, ia memerlukan rakyat bijak dalam menggunakan perkembangan teknologi dan maklumat dengan tidak menyalahgunakannya untuk unsur negatif dan bijak menapis maklumat.

Beliau berkata, perpaduan itu juga penting untuk negara berada dalam landasan maju dalam suasana aman damai.

“Kita tidak mahu mewujudkan perpaduan yang berpura-pura kerana perpaduan sejati dan maju ke hadapan menjadi kunci utama kepada negara maju,” katanya.

Ronald berkata, rakyat Sabah telah mendahului dalam aspek perpaduan di negara ini dengan rakyatnya yang terdiri kira-kira 38 kaum mampu hidup dalam satu perpaduan yang mantap.

Komen


Berita Berkaitan