Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan digesa tingkat pembangunan fizikal sekolah pedalaman

aime (kiri) menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang murid Tahun 1 SJKC Chi Vun. - foto Kalawon Sawing
aime (kiri) menyampaikan beg sekolah kepada salah seorang murid Tahun 1 SJKC Chi Vun. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Kerajaan digesa merancakkan lagi pembangunan fizikal bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman bagi mewujudkan suasana sekolah yang lebih selesa dan lengkap untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, pembangunan fizikal sekolah-sekolah di pedalaman harus diutamakan dalam agenda kerajaan untuk memastikan para pelajar menikmati suasana persekitaran pembelajaran lebih teratur.

“Peranan ibu bapa dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak di sekolah turut memainkan peranan yang penting hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Angpau 2015 dan penyampaian Sagu Hati Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chi Vun, di sini hari ini.

Katanya, perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara menuntut ibu bapa dan guru untuk lebih berusaha dalam memastikan anak-anak mampu berjaya seiring dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Ibu bapa perlu mengetahui perkembangan pendidikan anak-anak dan mengambil berat soal pembelajaran, disiplin, kebolehan dan kemajuan anak masing-masing tidak kira di sekolah kerajaan mahupun swasta,” ujarnya – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan