Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan digesa pertimbang tambah PTS

PTS
PTS

TAWAU – Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menambah dua Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah, iaitu masing-masing di Tawau dan Lahad Datu.

Katanya, pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu adalah selari dengan cadangan yang pernah diutarakan pihaknya sebelum ini.

“Dengan penambahan tersebut, kita berharap isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dibanteras dengan lebih giat dan berkesan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar kerajaan turut mempertimbangkan untuk turut mewujudkan PTS di tempat-tempat lain yang difikirkan perlu di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas apabila ditany mengenai rombakan jemaah Kabinet Persekutuan, baru-baru ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan