Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan digesa menggubal undang-undang khas untuk melindungi Ikan Yu

12:04pm 16/01/2016 Leolerry Lajius 65 views Tempatan
 Pang Yuk Ming (Tujuh dari kiri) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa pelaksana program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Pang Yuk Ming (Tujuh dari kiri) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa pelaksana program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kerajaan digesa menggubal undang-undang khas bagi melindungi Ikan Yu yang merupakan spesis hidupan akuatik yang semakin pupus.

Gesaan itu disuarakan melalui University College Sabah Foundation (UCSF) Green Carnival 2016 yang bertemakan “Save Our Sharks” anjuran UCSF di Taman Awam Teluk Likas hari ini.

Berucap pada karnival tersebut, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah YB. Pang Yuk Ming berkata,spesis  Ikan Yu boleh menyumbang kepada pendapatan industri pelancongan tempatan yang boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

“Saya berharap agar kerajaan akan menggubal undang-undang khas bagi melindungi spesis ini kerana ia bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan malah turut diancam kepupusan,” katanya.

Ketika membacakan teks ucapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, beliau berkata UCSF yang dijenamakan sebagai “Green University” menawarkan program-program penyelidikan yang bermatlamat untuk mencapai kelestarian alam dan manusia.

“Dari segi tanggungjawab sosial, UCSF dijangka menjadi sebuah universiti baru yang berperanan membawa perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran secara meluas,”katanya ketika berucap merasmikan karnival tersebut mewakili Datuk Masidi Manjun.

Tambah beliau, program seumpama itu akan menarik minat masyarakat dan mejadi wadah untuk mencurahkan idea mengenai isu-isu yang diberi penekanan seterusnya dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan penjagaan spesis hidupan akuatik.

“Terdapat lebih daripada 465 spesis ikan yu sebagai pemangsa terbesar di samudera dan melalui program seumpama ini ia akan dapat memupuk kesedaran pemuliharaan di samping membuka peluang kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk sama-sama terlibat dalam usaha ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan