Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan dapat tajaan RM30j siar Piala Dunia

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng (kiri) pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgetown, hari ini. – Foto BERNAMA

 

GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan sudah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan persekutuan tidak akan membelanjakan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.

“Kita telahpun memperolehi tajaan daripada syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulangannya dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat tersebut akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan.

“Selain itu setiap penonton juga akan dapat menjimatkan bayaran sekurang-kurangnya RM100.

“Ini kerana kalau kita hendak lihat permainan ini mesti bayar lebihan RM100 dan sekurang-kurangnya mereka boleh jimat dengan bayaran itu,” katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Lim berkata, pihaknya turut menerima kritikan apabila hasrat kerajaan untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 itu yang membabitkan nilai RM30 juta sedangkan kerajaan turut melancarkan kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.

“Kita ada juga terima kritikan mengapa kita mengenakan wang untuk siaran ini tetapi pada masa yang sama kita pula adakan Tabung Harapan.

“Ini yang kita telah jelaskan tapi mungkin tidak disiarkan dengan lebih jelas bahawa sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang 30 juta ringgit daripada iklan-iklan dari tajaan syarikat -syarikat swasta,” katanya.

RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan