Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan cadang timbus `open pit’ elak takungan air berasid

Masidi Manjun
Masidi Manjun

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri belum menyediakan kolam rawatan yang dibina khas untuk merawat Asid Mine Drainage (AMD) di tapak bekas Lombong Tembaga Mamut, Ranau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, walau bagaimanapun satu satu kolam khas dibina apabila limpahan air dari `open pit’ akan bertemu dengan air Sungai Mamut untuk proses pencairan sebelum memasuki sistem sungai.

“Air yang mengandungi AMD ditakung dalam `open pit’ di kawasan bekas lombong berkenaan. Apa yang menjadi kerisauan kemungkinan dinding ‘open pit’ tersebut pecah menyebabkan berlaku limpahan keluar air yang mengandungi AMD sehingga boleh memudaratkan orang awam,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) mengenai adakah gempa bumi di Ranau baru-baru ini memberikan impak kepada kolam rawatan pencemaran air di Lombong Timah Mamaut dan tindakan kerajaan negeri dalam memastikan tidak berlaku limpahan keluar air tercemar di kolah tersebut jika gempa bumi berlaku pada masa depan.

Masidi menambah, berdasarkan maklumat Jabatan Mineral dan Geosains, struktur dinding `open pit’ yang menakung sejumlah lebih kurang 20.6 juta meter padu air yang mengandungi AMD tidak terjejas oleh kejadian gempa bumi lalu.

Menurut beliau, ini kerana aktiviti perlombongan dengan kaedah ‘open pit’ dibuat mengikut amalan kejuruteraan perlombongan yang turut mengambil kira faktor seismik serta dijalankan dengan pengawasan ketat pihak Jabatan Mineral dan Geosains.

Selain itu, katanya, dinding `open pit’ terdiri dari batuan jenis granit yang keras, kukuh dan tebal sekaligus membolehkan sebarang kejadian gempa bumi di bawah lapan skala Richter tidak akan memberikan sebarang impak ke atas struktur dindingnya.

Jelas beliau lagi, ia turut dipengaruhi oleh daya tekanan air yang ditakung dalam open pit semakin lemah kerana takungan air dalam open pit semakin cetek iaitu daripada 100 meter kedalaman asal kepada hanya lebih kurang 80 meter sekarang.

Dalam pada itu, katanya, kementeriannya dengan bantuan pakar tempatan serta beberapa jabatan teknikal kini sedang mencari kaedah praktikal dalam menangani isu berkenaan dengan mengambil kira isu berkaitan seperti alam sekitar serta kewangan.

Antara cadangan penyelsaian yang sedang dipertimbangkan ialah menimbus ‘open pit’ tersebut agari ia tidak lagi menakung air berasid. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan