Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Cadang Bina Pasar Sejahtera Di Semporna

6:53pm 23/01/2016 Pak Roshan 85 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

pasar-semporna

SEMPORNA : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang membina sebuah pasar dikenali ‘Pasar Sejahtera’ yang dijangka menjadi tarikan baharu pelancong ke Semporna.

Ketua Setiausaha KPKT Datuk Mohammad Mentek berkata pembinaan pasar itu akan menggunakan model dan konsep Queen Victoria Market di Australia.

“Pasar Sejahtera ini bukan sahaja menjual ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran malah pelbagai barangan lain …termasuk kedai pakaian, cenderamata serta restoran jika pembinaannya jadi kenyataan.

“Ia mampu menjadi tarikan baharu kepada pelancong,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran penubuhan Kelab Kitar Semula atau Alam Sekitar di sekolah-sekolah daerah, di sini hari ini.

Menurutnya pembinaan pasar itu kelak akan turut menerapkan elemen keselamatan berdasarkan Konsep Program Keselamatan dan Pembangunan (Kesban).

Katanya KPKT dalam perancangan memastikan bandar Semporna lebih teratur dan dilengkapi pelbagai kemudahan serta bebas sampah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan