Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan BN komited bantu pekebun kecil

Mohd.Bahrin semasa menyampaikan ceramah di majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan tiada kelompok pekebun kecil di negara ini tercicir daripada menikmati arus pembangunan negara, kata Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim.

Katanya, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang besar kepada jabatan dan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu golongan pekebun kecil.

Beliau berkata, dalam bajet 2017 kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi meningkatkan kualiti produk dan tanaman sawit selain menaik taraf jalan ladang dan juga RM286 juta untuk meningkatkan pengeluaran kelapa sawit, koko, lada dan getah.

“Di Sabah sahaja peruntukan sebanyak RM312.3 juta telah diterima dan disalurkan kepada para pekebun kecil sepanjang RISDA ditubuhkan di Sabah sejak tahun 2010”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya bertajuk “Isu Politik Semasa di Sabah” pada Seminar Pemantapan, Pengoperasian RISDA Sabah 2017 di Dewan Klagan 2, Hotel Klagan 1 Borneo, hari ini.

Seminar itu disertai oleh kira-kira 150 peserta terdiri daripada pemaju masyarakat dan pegawai seranta RISDA negeri Sabah.

Mohd.Bahrin yakin, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dibawah menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, RISDA akan terus dimantapkan melalui program-program yang telah dan sedang dilaksanakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu itu berkata, Ismail Sabri yang terkenal dengan idea kreatif dan kepimpinannya telah pun menyumbang kepada pembangunan RISDA.

Antaranya ialah melaksanakan program Rumah Bina Negara bagi golongan belia luar bandar, Rissmart-pusat pengumpulan produk luar bandar atau peserta RISDA untuk didagangkan di pasaran terbuka di setiap daerah atau parlimen.

Universiti Agro Sains Malaysia dibawah kelolaan RISDA mewujudkan diploma pembangunan luar bandar, bantuan kejatuhan harga getah untuk peserta RISDA, mencadangkan kerjasama RISDA-CELCOM mewujudkan [email protected] untuk kegunaan masyarakat luar bandar dengan pakej yang mampu dan murah serta mewujudkan tuisyen rakyat untuk anak-anak peneroka RISDA.

Katanya, pemaju masyarakat dan pegawai seranta yang dilantik oleh RISDA merupakan pemimpin barisan hadapan dan penghubung antara kerajaan dengan pekebun kecil khusus di negeri Sabah.

Menurutnya, agensi kerajaan seperti RISDA berperanan untuk menyebarkan manifesto kerajaan kepada rakyat yang mana semua dasar dan harapan pemimpin negara disalurkan kepada rakyat melalui agensi kerajaan.

“Ini bagi memastikan rakyat memahami dan bersedia untuk bekerjasama bagi menjayakan sesuatu dasar kerajaan itu. Tanpa bantuan rakyat, usaha kerajaan akan menjadi sia-sia”, tambahnya.-SayangSabah

Sebahagian peserta yang menghadiri seminar itu.

Komen


Berita Berkaitan