Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Berunding Dengan China Tambah Kapal Cari MH370

mh370

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berunding dengan China untuk menambah kapal dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata usaha itu perlu, memandangkan kini hanya terdapat empat kapal terlibat dalam misi pencarian pesawat malang itu.

“Setakat ini hanya ada empat kapal di Lautan Hindi Selatan. Kita akan memohon bantuan China dalam penghantaran aset mereka terutamanya kapal dalam mencari pesawat malang itu.

“Sebagai pasukan antarabangsa, kita merlukan kerjasama dari semua negara terutamanya kerjasama kepakaran dunia dalam mencari MH370 yang dipercayai berada di bawah lautan 6,000 meter dalaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Liow, kerajaan juga akan berbincang dengan Australia dan China mengenai program atau majlis sempena genap setahun kehilangan pesawat itu pada 8 Mac depan.

Pada 29 Jan lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan pesawat MH370 yang hilang, secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac tahun lepas.

Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan