Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan berjaya perjelas pelbagai isu berkaitan pembangunan negeri, rakyat

Musa Aman (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Mohd. Tahir (kanan) - foto Ille Tugimin
Musa Aman (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Mohd. Tahir (kanan) – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Pendirian kerajaan negeri berkaitan cabaran ekonomi ekoran penurunan harga bahan api dan kesannya terhadap sosioekonomi rakyat dan pembangunan, perlu difahami dan dijelaskan secara menyeluruh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri telah memberikan penjelasan sejelasnya kepada pembangkang yang selama ini membuat tanggapan tidak betul terutama berhubung isu royalti minyak.

“Persidangan kali ini adalah peluang untuk kita perbetulkan dan beri penjelasan kepada mereka, apa yg kita lakukan sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat. Isu minyak dan gas, cukai barangan dan prkhidmatan (GST) dan tanah sering dibangkitkan oleh pembangkang dan saya sendiri buat penjelasan dan penerangan apa yang telah kita lakukan selama ini.

“Kita menekankan bahawa selama ini kita tidak berdiam diri atau tidak berbuat apa-apa…. itu satu anggapan tidak betul dan kadang kala diputarbelitkan. Maka itu, saya minta walaupun sebagai pembangkang tapi perlulah bertanggungjawab dan mengakui apa yang telah kerajaan lakukan selama ini,” katanya kepada pemberita selepas penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14, di sini hari ini.

Ditanya mengenai langkah mengkaji semula bajet, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, perkara itu belum dapat dimuktamadkan lagi setakat ini kerana ia hanya boleh ditentukan berdasarkan berapa banyak pendapatan diterima kerajaan negeri sehingga hujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini dan memuji penyertaan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam membangkitkan dan membahaskan pelbagai isu dan persoalan berkaitan kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta usaha pembangunan negeri.

Menurut beliau lagi, banyak cadangan positif dan pandangan bernas dikemukakan kepada kerajaan sepanjang persidangan selama empat hari itu.

“Justeru, dengan adanya kerjasama semua pihak kita dapat membangunkan negeri kita. Kita tidak marah dikritik, itu biasa dalam dewan, tegur menegur antara satu sama lain, tapi ia haruslah perkara yang benar, tidak diputarbelitkan kerana kita sebagai kerajaan sedia memberikan penjelasan,” ujarnya.

Beliau menambah, kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan banyak menyumbang kepada pembangunan di negeri ini.

Katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dan bersikap terbuka serta mendengar, memahami dan menunaikan apa juga permintaan dan keperluan rakyat Sabah. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan