
KOTA KINABALU- Kerajaan negeri akan menempatkan mereka yang terjejas akibat rancangan pembangunan-eko di kawasan Pantai Tanjung Aru, disini dalam satu kawasan yang lain.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata bahawa bangunan- bangunan yang terkesan seperti Pusat pemulihan Seri Mengasih akibat pembangunan tersebut akan dipindahkan ke kawasan lain untuk dibangunkan semula.
“Seri Mengasih merupakan sebuah pusat bagi membantu kanak- kanak yang kurang bernasib baik. Oleh itu, pihak kerajaan tidak akan sama sekali mengabaikan pusat tersebut,”katanya.
Disamping itu, Edward yang juga merupakan ADUN Tanjung Aru berkata perpindahan tersebut merupakan satu berita gembira kepada seluruh warga Seri Mengasih kerana ia merupakan fasiliti jangka panjang yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Selain itu, beliau turut berkata bahawa kerajaan negeri bukan sahaja menyediakan satu kawasan bagi pembangunan semula pusat tersebut namum dana juga akan diberikan kepada pusat itu.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Rumah Terbuka Seri Mengasih di Tanjung Aru, disini, hari ini.
Katanya, sambutan perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum cina tetapi ia diraikan oleh semua kaum di negara yang pelbagai kaum ini.
“Disini kita boleh nampak kanak- kanak yang hadir bukan sahaja datang dari bangsa cina tapi ada juga datang dari bangsa kadazan dan islam. Ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang berbilang kaum.
“Saya berharap melalui majlis rumah terbuka bukan sahaja perayaan Tahun Baru Cina malah perayaan lain juga boleh dilaksanaka pada setiap tahun,”ujar beliau. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah
