Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan benarkan eksport ikan hidup terpilih

yahya-hussin

KOTA KINABALU: Beberapa spesis ikan hidup  yang diternak (akuakultur 100%) akan diberikan kebenaran untuk dieksport, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Katanya, antara spesis tersebut ialah ikan Kerapu Harimau dan Kertang.

“Industri ternakan ikan hidup spesis tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan selain dapat membantu imbangan dagangan”, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian ketika mengulas lanjut mengenai larangan pengeksportan makanan laut segar.

Katanya, larangan mengeksport ikan hidup dan segar atau sejuk beku  bertujuan memastikan bekalan ikan segar mencukupi untuk keperluan rakyat dan juga pelancong asing.

Menurutnya dengan larangan itu, rakyat negeri ini akan dapat menikmati ikan segar yang berkualiti dengan harga yang lebih murah.

Bagaimanapun katanya, larangan eksport itu tidak termasuk ikan dalam kategori beku dan yang telah diproses.

Semenanjung Malaysia merupakan pasaran luar yang utama  eksport ikan segar iaitu sekitar 65%.

Jenis ikan utama yang dieksport dalam bentuk segar ialah ikan pelagik kecil (basung, rumahan, tamban), ikan tuna (yellowfin & bigeye), ikan merah dan ikan Kerapu./Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan