Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan belanja besar pulihara alam sekitar tercemar

Samsudin Yahya bersama belia Program Persatuan Belia Kampung Cenderamata Sempana Program Cintaia Alam di Pasir Puteh Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Samsudin Yahya bersama belia Program Persatuan Belia Kampung Cenderamata Sempana Program Cintaia Alam di Pasir Puteh Jalan Batu Sapi, Sandakan.

SANDAKAN – Pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh segelintir pengilang di negeri ini menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukan sejumlah besar kewangan bagi kerja-kerja pemuliharaan semula kawasan yang tercemar.

Langkah itu bagi mengekalkan khazanah alam demi memastikan kualiti alam sekitar  dapat diseimbangkan dengan pembangunan, sekaligus membolehkan rakyat menikmati udara sihat dan nyaman.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya, merayu rakyat di kawasan itu agar lebih bertanggungjawab dalam soal penjagaan alam sekitar terutama dalam kalangan generasi muda.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak tidak kira golongan remaja, belia dan dewasa untuk menjaga kebersihan persekitaran. Rasa cinta terhadap alam sekitar perlu diterapkan dalam segenap lapisan masyarakat kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan semua pihak,” katanya ketika berucap dalam program Persatuan Belia Kampung Cendaramata Sempana Program Cintai Alam di Pasir Puteh Jalan Batu Sapi, di sini hari ini.

Samsudin berkata, usaha boleh dilakukan dengan mengadakan program kesedaran dan penglibatan meluas secara berterusan dalam memikul tanggungjawab bersama memulihara dan mengekalkan keseimbangan ekologi di daerah ini.

Jelas beliau kerajaan telah mengambil berbagai langkah dan usaha dalam menyedarkan setiap lapisan masyarakat akan kepentingan dan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama menjaga alam ini

Katanya, pencemaran ini kebanyakan di lakukan oleh golongan dewasa yang terdiri dari pengusaha kilang dan ladang-ladang ternakan yang tidak bertanggungjawab yang sering kali memandang remeh akan tindakan undang-undang.

Beliau menambah, sebanyak mana pun kempen serta program kesedaran alam sekitar di jalankan tidak mampu dicapai jika masyarakat dunia di negeri ini tidak mendidik diri dan hati mereka sendiri. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan