Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN BAKAL PERKENAL PELAN TINDAKAN KEHARMONIAN: MOORTHY

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan akan menyediakan satu Pelan Tindakan Keharmonian yang akan dibentangkan tidak lama lagi bertujuan mengukuhkan dan memelihara perpaduan kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy berkata, pelan itu dijangka dapat disediakan selewat-lewatnya Disember ini atau Januari tahun depan.

“Sebaik sahaja rancangan itu dilaksanakan, kita akan mengadakan banyak program untuk meningkatkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

“Saya fikir ia akan lebih komprehensif, inklusif, dan mengambil kira kegagalan (program kerajaan terdahulu). Kita perlu mengakui bahawa beberapa program sebelum ini telah gagal untuk menyatukan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penutupan Program Keharmonian Antara Agama di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang yang dirasmikan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar, mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Moorthy berkata, pelan itu nanti akan mengambil kira beberapa kesilapan (dalam polisi) terdahulu dan memperbetulkannya.

Dalam pada itu, beliau mengakui perpaduan kaum yang wujud di Sabah harus dijadikan contoh dan dikongsikan bersama dengan rakyat seluruh negara khususnya di Semenanjung.

“Saya kagum dengan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sabah yang amat erat. Datuk Aidi dalam ucapannya tadi memberitahu d Sabah dalam sesebuah keluarga ada Islam, Kristian dan pelbagai bangsa, boleh makan dan minum bersama tanpa masalah.

“Jadi perpaduan yang unik ini boleh dipelajari oleh rakyat di Semenanjung bahawa beginilah perpaduan rakyat Sabah,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan