Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan baharu terus komited letakkan Sabah ke landasan betul: Shafie

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Kongres Juruukur Antarabangsa Sabah Keenam dan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Tanah ASEAN Kedua di Magellan Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pemerintahan kerajaan negeri baharu memerlukan lebih masa untuk membawa Sabah ke landasan yang betul, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie faham walaupun tempoh masa 100 hari untuk menunaikan manifesto Parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir, namun jelasnya sokongan rakyat adalah lebih penting bagi memastikan perancangan kerajaan negeri dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Kami yakin, dalam tempoh setahun atau setahun setengah, kita akan meletakkan Sabah di landasan yang betul. Namun ia bukan semudah yang dilihat.

“Saya fikir apabila saya mengambil alih, kedudukan kewangan negeri cukup stabil. Tetapi syukur, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan kepada saya lebih awal bahawa kerajaan negeri baharu akan menemui sesuatu melangkaui jangkaan kita.

“Saya terkejut apa yang ditinggalkan dan saya fikir apa yang penting pada masa ini adalah bagaimana untuk mengatasi semua masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Juruukur Antarabangsa Sabah Keenam dan Sidang Kemuncak Tadbir Urus Tanah ASEAN Kedua di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan baharu kini belum sampai 100 hari memimpin negara dan masih berusaha sedaya upaya untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat.

Namun, beliau yakin dengan kepimpinan di bawah Perdana Menteri baharu juga akan membawa perubahan positif kepada negara. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan