Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN ALU-ALUKAN PELABUR LUAR KE SABAH

Christina menandatangani plak perasmian premis berkenaan sambil disaksikan oleh Hu (kiri), Pengarah VR Home and Design Sdn Bhd Moon Lee (kanan) dan Tang Kin King. -Gambar SNT/Alfred Petrus

PENAMPANG: Kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak syarikat luar negara untuk bertapak di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew berkata, dengan adanya pelabur yang datang ke Sabah sedikit sebanyak mampu meningkatkan ekonomi negeri dan juga memberi manfaat kepada penduduk Sabah sendiri.

“Saya percaya, konsep reka bentuk dalaman rumah yang di bawakan oleh syarikah Hong Kong ini dengan kerjasama usahawan tempatan menjanjikan pengalaman yang berlainan dalam membuat pemilihan perabot dalam rumah.

Christina (dua kanan) mengetuai upacara gimik perasmian premis berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“E+E Living adalah syarikat pertama di Sabah yang menyediakan perkhidmatan Realiti Maya (VR) untuk melihat perabot dan susun atur yang sesuai di dalam rumah pelanggan mereka.

“Jadi, lebih banyak syarikat luar seumpama ini datang ke Sabah sangat dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pembukaan E+E Living, VR Home and Design Sdn Bhd di sini hari ini.

Pengarah VR Home and Design Sdn Bhd Moon Lee menunjukkan keunikan perabot mereka yang boleh dilipat bagi menjimatkan ruangan dalam rumah yang sempit kepada Christina (kiri). -Gambar SNT/Alfred Petrus

Tambahnya, E+E Living, VR Home and Design Sdn Bhd memberikan perkhidmatan konsep yang berlainan daripada perniagaan lain kerana perabot-perabotnya sesuai untuk kondominium atau pangsapuri yang pada masa kini dibina semakin hari semakin kecil dan sempit ruangannya.

Sementara itu, rakan niaga VR Home and Design Sdn Bhd yang juga Pengarah E+E Living Hong Kong Hu Hai Tao berkata, beliau memilih lokasi perniagaan luar negara pertama bagi jenamanya iaitu Sabah kerana mempunyai banyak peluang dalam memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Dari kiri: Moon, Christina, Hu dan Tang merasakan sendiri keunikan perabot yang disediakan oleh E+E Living, VR Home and Design Sdn Bhd. -Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau yakin, pelaburan dan pasaran bagi produk mereka itu akan berkembang lebih selepas bertapak di Sabah. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan