Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan akan terus memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan melalui ICT

Siringan (tengah) ketika melawat salah satu pameran sempena program berkenaan.
Siringan (tengah) ketika melawat salah satu pameran sempena program berkenaan.

KOTA KINABALU: Persidangan Ketua-ketua Pegawai Maklumat (CIO), Agensi Kerjaan Negeri (AKNS) menjadi platform dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan melalui ICT.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, program yang diadakan setiap tahun sejak 2008 ini merupakan salah satu platform kepada para CIO AKNS untuk menimba ilmu pengetahuan dalam perkembangan terkini teknologi maklumat dan komunikasi.

“Pada tahun ini, tema persidangan CIO AKNS ialah ‘Enhancing Smart Government Transformation’ dan ini bermakna segala usaha mentransformasikan perkhidmatan kerajaan hendaklah dilipatganda dan diperkasakan,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena persidangan CIO AKNS, di sini, kelmarin.
Tambah beliau, penggunaan teknologi yang merupakan kunci kepada peningkatan sistem penyampaian kerajaan turut disokong oleh dapatan dari Worldwide Governance Indicators 2014 yang dikeluarkan oleh World Bank di bawah dimensi Keberkesanan Kerajaan, di mana Malaysia telah mendapat skor 83.7 peratus dan diletakkan di kedudukan setanding dengan negara-negara seperti Korea dan Taiwan.

“Ini membuktikan dengan wujudnya infrastuktur teknologi maklumat dan automasi, ia dapat menyokong pencapaian tahap kecekaan kerajaan,”katanya.

Siringan turut menyeru agar perkhidmatan awam perlu lebih responsif dan kreatif melalui pelbagai inisiatif seperti sistem pembayaran dan aduan pelanggan secara mobile ke arah menjadikan perkhidmatan yang lebih efektif, cepat dan tepat.

“Ini bermakna kita mestilah menjadi lebih berani untuk berubah dan mencuba pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan