Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Akan Pastikan Pihak Tembak Jatuh MH17 Diheret Ke Muka Pengadilan

hisham mh17

NILAI — Kerajaan akan memastikan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai lepas diheret ke muka pengadilan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagaimanapun, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar dan pelaku nahas pesawat MAS untuk mendapatkan jawapan.

“Ini adalah demi keadilan kepada mangsa tragedi MH17 dan keluarga mereka. Alasan atau ketidakmampuan dunia untuk mencari bukti atau mahkamah supaya keadilan itu dapat dirasai dan dilihat serta dikecapi oleh mereka yang bertanggungjawab merupakan satu perkara kita di Malaysia konsisten.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan bahawa beliau akan berusaha ke arah itu. Kita tidak akan putus asa kerana ada lagi beberapa mangsa, termasuk nenek tiri kami berdua, yang belum dapat dikesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rasah.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang serta anak kapal, ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dalam kejadian itu, sejumlah 43 individu merupakan rakyat Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan