Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan akan memastikan kebersihan tandas di setiap masjid terpelihara- Arifin

9:06pm 30/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 29 views i-Muslim,Tempatan
Arifin (kanan) menerima cenderahati daripada Abd. Halim (kiri) sempena majlis pertandingan syarahan piala ketua menteri peringkat negeri Sabah, hari ini.

Arifin (kanan) menerima cenderahati daripada Abd. Halim (kiri) sempena majlis pertandingan syarahan piala ketua menteri peringkat negeri Sabah, hari ini.

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memastikan kebersihan tandas di semua masjid yang terdapat di daerah ini sentiasa terpelihara dan mendapat bintang, kata Datuk Hj. Mohd Arifin Mohd. Arif.

Arifin yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah berkata Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersetuju untuk mengadakan pertandingan tandas bersih di semua masjid yang terdapat di daerah itu.

“Ini (pertandingan tandas bersih) dapat memudahkan kita untuk memberikan bintang kepada tandas di semua masjid di daerah ini,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah merasmikan Majlis Pertandingan Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah Sekolah Menengah Agama Negeri Sabah peringkat negeri Sabah di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, disini hari ini.

Beliau berkata usaha itu selari dengan misi dan visi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dalam memantapkan kebersihan bandaraya.

Tambahnya, usaha tersebut akan diteruskan di daerah- daerah lain untuk memastikan kesemua tandas di seluruh negeri ini terjamin kebersihannya dan mendapat bintang.

Sementara itu, seramai 12 orang pelajar dari enam buah Sekolah Menengah Agama Negeri Sabah ( SMAN) menyertai Pertandingan Syarahan Agama Piala Ketua Menteri Sabah Sekolah Menengah Agama Negeri Sabah, hari ini.

Arifin berkata pertandingan syarahan yang julung kali diadakan itu merupakan satu usaha yang baik dalam melahirkan tokoh penceramah, pemidato, pendakwah yang hebat.

“Ini merupakan salah satu latihan untuk para pelajar berhadapan dengan masyarakat,”katanya.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Abd. Halim Hj. Nayan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan