Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan akan beri perhatian kepada pembangunan bidang sukan-Samsudin

2:27pm 01/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
JUARA.....Samsudin bergambar kenangan dengan pasukan yang menang.

JUARA…..Samsudin bergambar kenangan dengan pasukan yang menang.

KOTA KINABALU- Pembangunan dalam bidang sukan di semua peringkat khususnya generasi muda akan sentiasa diberi perhatian untuk mewujudkan daya saing yang sihat dan budaya kecemerlangan sukan di kalangan generasi muda.

Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata tumpuan itu bukan saja sekadar untuk melahirkan ahli sukan yang cemerlang dan mampu menaikkan imej negeri ini, tetapi membentuk mereka sebagai individu bersemangat tinggi dan berketrampilan sesuai dengan status generasi itu sebagai pemimpin masa depan.

Beliau berkata, sukan adalah medan untuk generasi berkenaan membina keyakinan diri dan menyerlahkan bakat masing-masing ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.

“Kerajaan akan terus berusaha memantapkan bidang sukan dengan memberi peluang kepada masyarakat di semua peringkat membabitkan diri dalam aktiviti itu sesuai dengan matlamat melahirkan masyarakat berjaya dan cemerlang.

Beliau berkata demikian merasmikan Kejohanan Bola Tampar dan Futsal JKDB Flat Karamunting, di Taman Permainan Flat Karamunsing, Sandakan baru-baru ini.

Menurutnya dengan adanya program seperti ini, bukan sahaja kita dapat mengenengahkan bakat para pemain, lebih daripada itu, generasi muda juga dapat memupuk semangat kejiranan, dan kesatuan dikalangan mereka.

“Perpaduan yang kuat lagi kukuh, mampu menjana kesejahteraan serta kemakmuran penduduk dikawasan ini,” kata beliau.

Samsudin memberitahu golongan belia merupakan tenaga utama yang menjadi tunjang dalam sebarang tindakan atau aktiviti sama ada di daerah dan kampung.

“Saya menasihatkan masyarakat belia supaya tidak terikut-ikut dengan budaya luar yang tidak sesuai. Saya sangat berharap golongan belia menjauhkan diri daripada budaya yang negatif ini.,” katanya.

Jelasnya tidak semua yang datang dari barat itu baik dan sesuai dengan kita. Banyak budaya kita ini yang lebih baik,

Terdahulu, Samsudin menyerahkan sumbangan yang berupa wang tunai kepada pengerusi JKDB Flat Karamunting, Haidah Nasrin. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan