Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN AKAN BANTU KEMBANG JANGKAUAN PASARAN MAKANAN SABAH

Tangau (tengah) diiringi beberapa wakil penganjur merasmikan Pameran Antarabangsa F&B Sabah 2018 di Suria Sabah, Kota Kinabalu.- Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Negeri akan terus membantu untuk membangunkan dan mengembangkan jangkauan pasaran produk makanan tempatan Sabah di rantau Asean dan di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred MadiusTangau berkata, industri makanan dan minuman (F&B) Sabah perlu diperhebat dan diperluaskan untuk menyediakan pendapatan keuntungan bagi eksport untuk negeri ini.

“Saya gembira kerana terdapat ramai pengusaha makanan di Sabah yang menawarkan hidangan tempatan masakan asli Sabah selain yang terdapat di hotel dan gerai-gerai.

Tangau (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Chong Hon Len semasa Pameran Antarabangsa F&B Sabah 2018 di Suria Sabah, Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

“Ini merupakan kejayaan Persekutuan Industri Sabah (FSI) di bawah Presidennya Datuk Chong Hon Len dalam usaha untuk memperkukuhkan reputasi jenama Sabah dalam industri makanan dan minuman dan saya berharap dapat melihat lebih banyak kejayaan di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perasmian Pameran Makanan dan Minuman (F&B) Antarabangsa Sabah 2018 anjuran FSI di kompleks beli belah Suria Sabah, Kota Kinabalu.

Tangau menerima cenderahati daripada salah seorang perserta karnival. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

Tangau berkata, kopi merupakan salah satu produk atau jenama tempatan yang dikenal pasti oleh FSI mampu memberikan impak bagi pasaran luar negara.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan industri hiliran dengan minyak masak sebagai salah satu keutamaan.

“Kita mahu melihat eksport jenama minyak masak Sabah di luar negara berjaya kerana kita menghasilkan sebahagian besar minyak sawit di Malaysia,” katanya.

Tangau berkata, beliau yakin FSI dapat membantu Sabah dalam perkongsian pintar dengan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan perindustrian dan seterusnya menghasilkan lebih banyak produk untuk eksport.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan