Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan akan bangunkan insfrastruktur, galak pelabur asing- Musa

musa

KOTA KINABALU: Kerajaan hari ini akan terus menyokong perniagaan dengan menaik taraf infrastruktur asas dan memastikan sistem penyampaian berfungsi dengan berkesan untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan luar dan dalam ke Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata.

Beliau berkata hasrat kerajaan ialah mencapai situasi ‘menang-menang’ yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kedudukan Sabah yang strategik dalam rantau Asean, memberi peluang kepada kita untuk muncul sebagai negeri yang berdaya saing dalam sektor pelaburan dan perniagaan.

“Pada satu ketika, balak merupakan sumber semula jadi yang penting yang memacu ekonomi, tetapi hari ini ia beralih untuk menumpukan kepada pertanian terutamanya kelapa sawit, perkilangan dan pelancongan.

“Kami menggalakkan pertumbuhan hiliran sampingan, bukan hanya dari sektor ini, tetapi juga dari sektor minyak dan gas. Kami mengalu-alukan usaha sama dan pelaburan asing selagi ia memberi manfaat kepada kumpulan sasar, dan selagi projek tersebut menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu pada mesyuarat agung tahunan ke-68 Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri China Malaysia (ACCCIM) dan sambutan ulang tahun ke-60 Dewan Perniagaan Bersatu Cina Sabah (SUCCC) di sini malam Sabtu.

Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata anggota SUCCC telah menyumbang kepada pertumbuhan negeri yang pesat di Kota Kinabalu dan pusat bandar yang lain seperti Sandakan dan Tawau.

“Menjadi harapan kami bahawa anda akan terus menjadi rakan kongsi kami. Saya memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha menangani isu-isu yang dibangkitkan SUCCC, dan kami sentiasa terbuka untuk mencari penyelesaian dalam perkongsian dengan anda supaya perniagaan dapat berkembang maju dan pertumbuhan kekal berada pada landasan yang betul,” katanya, ketika memuji pelancaran Bangunan Tiong Hua Sabah sebagai pencapaian penting.

 

Komen


Berita Berkaitan