Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerabat Diraja Kelantan lawat Tenom

unnamed
Tengku Abdul Halim bertanya sesuatu mengenai kraftangan kepada Madiyem Layapan.

 

TENOM Rombongan kerabat Diraja Sultan Kelantan yang diketuai Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim diiringi Yang Amat Mulia YAM Ku Puan Syarifah Azwan Syed Putra dan Yang Mulia Tengku Farihaddin Tengku Feissal Bendahari Kerabat Diraja Kelantan bersama lima orang kenamaan melakukan lawatan singkat ke daerah ini, semalam.

Rombongan kerabat Diraja itu mengadakan lawatan ke kilang Kelapa Sawit Taner di Tepoh kira kira 22 kilometer dari Pekan Tenom dan tiba di lokasi lebih kurang jam 1.30 petang dengan menaiki kenderaan khas.

Mereka mengambil masa kira-kira setengah jam di kilang itu sebelum meneruskan lawatan ke Pusat Kebudayaan Murut Sabah (PKMS) Inalisan Pulong dan Kilang Kopi Yit Foh.

Semasa tiba di PKMS, rombongan berkenaan disambut oleh Pegawai Daerah, Madiyem Layappan serta beberapa Pegawai Jabatan yang lain. Rmbongan itu turut diberi taklimat oleh Pegawai PKMS Mohd. Sofrizan Yahya selain Madiyem berhubung pameran alat seni budaya suku kaum Murut di pusat itu.

Selain itu, rombongan tersebut turut menyaksikan tarian tradisional suku kaum Murut antaranya tarian “Magunatip dan Angalang” yang dipersembahkan oleh para artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Pulong Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan