Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keputusan STAM Negeri Sabah 2015 meningkat

4:11pm 21/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 92 views Pendidikan,Tempatan
Jame (tengah) semasa sidang media pengumuman keputusan Peperiksaan STAM 2015

Jame (tengah) semasa sidang media sempena pengumuman keputusan Peperiksaan STAM 2015

KOTA KINABALU- Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 bagi seluruh Negeri Sabah meningkat sebanyak 2.57 peratus iaitu 43.28 peratus berbanding 40.71 peratus pada tahun 2014.

Pengarah Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip berkata, pengumuman keputusan peperiksaan STAM 2015 dikeluarkan serentak di sekolah- sekolah seluruh negara mulai jam 10 pagi, hari ini.

“Sijil tersebut melayakkan pelajar untuk memohon masuk ke program ijazah pertama di Universiti Al Azhar, Mesir, universiti-universiti di Timur Tengah dan universiti-universiti tempatan mengikut bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing”, katanya.
Menurut beliau lagi, seramai 74 orang calon STAM telah mendapat keputusan yang baik dan seramai tujuh orang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena pengumuman keputusan Peperiksaan STAM 2015 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, disini, hari ini.
Tambahan beliau lagi, hanya enam buah sekolah yang telah mengambil Peperiksaan STAM di Negeri Sabah ini.
Diantaranya ialah SMA Toh Puan Hjh Rahmah Kota Kinabalu, SMU Islamiah, Papar, SMK Agama Al-Irsyadiah Marakau, Ranau, SMA Islam, Tambunan, SMU Islam, Kunak dan SM Islamiah, Tawau.
Disamping itu, beliau berkata bahawa proses pembinaan semula sekolah-sekolah yang rosak akibat kebakaran ataupun tanah runtuh berjalan lancar dan dijangka siap dalam masa yang terdekat ini.
Terdapat tiga buah sekolah yang sedang dalam proses pembinaan semula, diantaranya ialah SK Pekan Kiulu, Tuaran, SK Gadong, Beaufort, dan SK Bawang, Tamparuli, tambah beliau. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan