Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keputusan pengharaman vape dibawa ke mesyuarat kabinet

8:17pm 24/01/2016 Ann Vivien 33 views Isu Semasa,Tempatan
Vaping

Vaping

TENOM:Keputusan pengharaman rokok elektronik vape di negeri ini akan dibawa ke mesyuarat  kabinet dalam masa terdekat ini.                                
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Nor berkata, sekiranya para barisan kabinet bersetuju untuk mengharamkan maka lesen penjualan rokok elektronik vape tidak akan dikeluarkan lagi dinegeri ini.
Katanya, pada masa itu Pihak Berkuasa Tempatan PBT akan memainkan peranan dalam melaksanakan tugas berkenaan bagi memastikan tiada lagi rokok elektronik vape dijual dipasaran.                    
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis amanat kepada ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat cina di daerah ini pada Sabtu.                               
Katanya, mana-mana peniaga yang telah menjual rokok elektronik vape dipasaran pada masa kini agar dapat memberi kerjasama kepada pihak PBT dalam menangani masalah itu sekiranya pengharaman penjualannya akan diumukan secara rasmi nanti bagi mengelak daripada sebarang perkara yang boleh menjejaskan pelaksanaan berkenaan” katanya.  – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan