Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keputusan kes Batu Punggul pada 3 Mac

Penduduk Kampung Tataluan Sepulut yang memakai pakaian tradisi menari di perkarangan Mahkamah Anak Negeri, Keningau. - foto Kalawon Sawing
Penduduk Kampung Tataluan Sepulut yang memakai pakaian tradisi menari di perkarangan Mahkamah Anak Negeri, Keningau. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Keputusan perbicaraan di antara penduduk Kampung Tatalaun dan Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) di bangunan Mahkamah Anak Negeri di sini pada 29 Januari lalu akan diumumkan pada 3 Mac depan.

Setelah mendengar pembelaan ketua penduduk Lantir Bakayas, Majistret Ryan Sagiran Rayner JR. yang mengendalikan kes itu memberitahu keputusan perbicaraan itu akan diumumkan secara rasmi di Mahkamah Majistret Keningau.

Semasa perbicaraan itu berlangsung penduduk Kampung Tataluan yang diwakili oleh Peguam, Ram Singh berkumpul di perkarangan hahkamah dengan pakaian tradisi sambil memalu gong dan diiringi dengan tarian tradisi tanda sokongan mereka.

Dalam kes itu, pihak SFD mendakwa penduduk kampung berkenaan kerana dikatakan menghalang tugas jabatan di kawasan Batu Punggul manakala penduduk di situ sebaliknya menyatakan mereka mempertahankan kawasan itu sebagai tanah adat (NCR) yang diduduki sejak dahulu lagi.

Lantir yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata, mereka bukan menghalang tetapi hanya menuntut hak asasi yang diwarisi dari nenek moyang mereka.

“Kami mempunyai bukti yang kukuh di kawasan berkenaan kerana terdapat kesan-kesan peniggalan nenek moyang mereka seperti pokok buah-buahan dan kuburan” katanya sambil menambah Batu Punggul mempunyai legenda dan sejarah yang tersendiri dalam kalangan suku Murut di daerah Nabawan Pensiangan khususnya penduduk di Sepulut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan