Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kepoh juara Bintang Mencari Bintang

kepooh

SHAH ALAM : Selepas 14 minggu bertarung, akhirnya gelaran juara Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) menjadi milik kumpulan Kepoh.

Anak didik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie itu berjaya menewaskan dua kumpulan lain iaitu MMMMM dan Sumbu yang juga anak didik kepada Afdlin Shauki serta Ebby Yus.

Menerusi kemenangan itu, kumpulan Kepoh yang dianggotai Izu dan Pian membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM200,000.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan Sumbu diterajui Kamal dan Ariff yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Manakala, kumpulan MMMMM terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga dan menerima wang tunai RM50,000.
Mereka dinilai empat juri iaitu A R Badul, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan penyanyi dangdut, Mas Idayu sebagai juri jemputan. -PHOTO- : hmetro.com.my

Komen


Berita Berkaitan