Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keperluan Rakyat Pendapatan Rendah Diutamakan

shafiee

SEMPORNA – Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat khususnya berpendapatan rendah dengan menyediakan perkhidmatan terbaik pada caj paling minimum seperti Klinik 1Malaysia, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata klinik itu yang hanya mengenakan caj sebanyak RM1 kepada warganegara Malaysia merupakan bukti jelas keprihatinan kerajaan bagi memastikan kesihatan rakyat sentiasa terjamin.

“Keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan termasuk perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar tidak pernah terhenti, malah diperhebatkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika merasmikan Klinik 1Malaysia Taman Sutera di sini hari ini.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata pembukaan lebih banyak klinik seumpama itu khususnya di Sabah dan Sarawak dapat meringankan beban rakyat di kawasan pedalaman mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata keprihatinan kerajaan itu juga bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga seterusnya mewujudkan sebuah negara yang harmoni. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan