Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepelbagaian makanan sebagai tarikkan pelancong

12:11pm 05/11/2015 Ann Vivien 16 views Pelancongan,Tempatan
Datuk Seri Masidi Manjun

Datuk Seri Masidi Manjunddi

KOTA KINABALU: Jadikan kepelbagaian makanan sebagai tarikkan pelancong, demikian saranan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Berucap merasmikan ‘The Signature Food Fest’ kali kedua bertempat di Oceanus Waterfront Mall, belau berkata Kota Kinabalu merupakan antara tempat pemandangan matahari terbenam yang tercantik di dunia berupaya menarik lebih ramai pelancong dari luar sekiranya kepelbagaian makanan di negeri ini di inovasikan.

Program tersebut yang merupakan antara usaha memperkenalkan kepelbagaian makanan di negeri ini menyaksikan 10 penyertaan dari pengusaha makanan bagi merebut lapan anugerah yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang dipertandingkan adalah ‘Best Ambiance’ yang dimenangi oleh Sakagura Japanese Restaurant dan  Shoney’s Dining &Bar, ‘Best Customer Service’ yang dimenangi oleh Sakagura Japanese Restaurant, ‘Best Signature  Menu’ yang dimenangi oleh GK Grillz Kitchen, ‘Best Combination Menu’ yang dimenangi Shoney’s Dining & Bar, ‘Outstanding Chef’ yang dimenangi Sakagura Japanese Restaurant, ‘Facebook Most Popular’ yang dimenangi Shoney’s Dining & Bar diikuti GK Grillz Kitchen dan The ONE Hong Kong Cafe, ‘Best Value For Money’ yang dimenangi The ONE Hong Kong Cafe dan anugerah ‘Best Local Food Promotion’ yang dimenangi AppleBurgundy Grill & Bar.

Masidi turut menyatakan bahawa jumlah pelancong ke Sabah dijangka akan terus meningkat pada tahun ini.

“China Southern Airlines yang merupakan perkhidmatan penerbangan terbesar di negara itu akan memulakan perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu dari Kota Kinabalu ke Guangzhou bermula December tahun ini  dan akan terus menambah jumlah pelancong datang ke Sabah,” katanya. -Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan