Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepelbagaian Kaum Bukan Cabaran Untuk Hidup Aman, Harmoni – KM Sabah

Musa-Aman21-600x355

KOTA KINABALU : Usaha berterusan kerajaan Sabah menampilkan kepelbagaian kaum masyarakatnya dan kebudayaan masing-masing jelas menunjukkan perbezaan bukan cabaran untuk hidup secara aman dan harmoni, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau menjelaskan usaha itu telah membolehkan masyarakat mengenali dan menghormati suku kaum lain di negeri ini agar mereka dapat menerima perbezaan yang dimiliki itu sebagai kekuatan untuk terus bersatu padu.

“Kita di Malaysia, khususnya di Sabah, sentiasa mengamalkan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Jadi budaya ini harus kita teruskan dari masa ke masa supaya kita boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa bersempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 8 Feb, di sini hari ini.

Musa turut memuji Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Kota Kinabalu atas penganjuran pesta itu yang turut disertai oleh masyarakat Bumiputera.

Katanya, penyertaan daripada kalangan pelbagai suku kaum itu jelas memperlihatkan perasaan kekitaan dan kekeluargaan wujud antara masyarakat di negeri ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan